Lain Lain Produk

BIOZONE Car Sterilizer





Sistem purifikasi udara BIOZONE Car Sterilizer ini menggunakan teknologi “cold plasma” yang menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon (O3). Ozon dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC (volatile organic compounds) yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Setelah ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar, ia akan kembali menjadi oksigen (O2) menjadikan kereta anda segar. Ia ringan, mesra alam, selamat dan mudah digunakan.

Apakah itu ozon? Adakah ia selamat?
Lapisan ozon merupakan satu lapisan yang berjarak kira-kira 20-30km dari bumi. Fungsi utamanya ialah menyerap sinaran ultra ungu serta melindungi manusia dan tumbuh-tumbuhan daripada sinaran ultra ungu kerana ozon mempunyai fungsi yang amat berkesan dalam membasmi bakteria, dan menghalang bakteria daripada membiak. Kuantiti ozon di dalam udara ialah kira-kira 0.01-0.04 ppm. US FDA menetapkan tahap maksimum ozon yang dibenarkan adalah 0.05 ppm di mana pembebasan ozon oleh BIOZONE Car Sterilizer adalah kurang daripada 0.03 ppm, maka ia adalah selamat untuk digunakan.

Berapa lamakah BIOZONE Car Sterilizer boleh bertahan?
BIOZONE Car Sterilizer boleh digunakan selama 3 tahun sekiranya ia digunakan setiap hari.

Bagaimanakah BIOZONE Car Sterilizer memperbaiki kualiti udara dalam kereta?
Ozon yang dihasilkan oleh BIOZONE Car Sterilizer dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar menjadi oksigen (O2), menyediakan kereta anda bagaikan kesegaran dalam hutan.

Mengapakah kita perlu menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam kereta?
Kereta mempunyai ruang yang tertutup, maka VOC seperti formaldehid, benzena dan ammonia akan menghasilkan bakteria dan hama dalam keadaan suhu dan kelembapan yang bersesuaian dengannya di mana ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Mereka yang berada dalam keadaan sebegini mudah berasa pening kepala, keletihan dan mual, malah dalam jangka masa yang panjang, mereka mudah menghidapi penyakit pernafasan seperti tonsilitis, bronkitis, pneumonia dan sebagainya. Hal ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Pada masa yang sama, Staphylococcus aureus yang dijumpai di dalam kebanyakan kereta akan menghasilkan bau ganjil, debu dan kotoran turut mempengaruhi fungsi pendingin kereta, menyebabkan fungsi pendinginan dan pemanasan kurang berkesan. Oleh itu, BIOZONE Car Sterilizer diperlukan untuk membantu menyingkirkan kuman, meneutralisasikan gas-gas beracun dan menyingkirkan bau.

Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam rumah?
Tidak. BIOZONE Car Sterilizer direka khas berdasarkan ruangan dan kelengkapan dalam kereta. Soket dan kuantiti pembebasan ozon bagi BIOZONE Car Sterilizer juga direka khas berdasarkan kelengkapan dan ruangan kereta. Voltan di rumah yang terlalu besar akan menyebabkan BIOZONE Car Sterilizer terbakar. Selain itu, kuantiti dan liputan pembebasan ozon adalah terhad, maka ia tidak dapat memberikan kesan yang lengkap di rumah.


Hai-O Ezigrow



Hai-O Ezigrow merupakan baja foliar yang dirumus khas untuk tanaman beriklim tropika supaya ia boleh meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Hai-O Ezigrow mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuhan yang lengkap dan seimbang termasuklah mineral, asid humik, asid amino dan lain-lain lagi. Kandungan unsur-unsur nutrien dan pengawal tumbesaran ini adalah penting untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman, mengawal pembentukan buah dan meningkatkan hasil tanaman. Hai-O Ezigrow adalah sesuai untuk digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti padi, tanaman berjangka panjang, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apakah itu baja foliar? Apakah kegunaannya?
Baja foliar adalah baja larut air yang disembur dalam bentuk cecair. Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan sepenuhnya.

Apakah kandungan nutrisi yang terdapat dalam Hai-O Ezigrow?
Hai-O Ezigrow mengandungi nitrogen, fosforus, kalium, magnesium, kalsium, besi, manganese, tembaga, zink, boron, molibdenum, asid humik dan pengawal tumbesaran.

Apakah nilai pH Hai-O Ezigrow?
Nilai pH Hai-O Ezigrow ialah 6.1 dan ia sesuai digunakan oleh kebanyakan tumbuh-tumbuhan.

Hai-O JTX 900 Motor Oil


Hai-O JTX adalah minyak enjin berprestasi tinggi yang direka khas untuk membersihkan enjin dan memberi perlindungan terhadap pengoksidaan, kehausan, kakisan, mendapan, dan pembentukan lumpur dalam keadaan memandu yang paling teruk. Ia dihasilkan untuk kegunaan semua jenis kenderaan yang memakai petrol dan diesel termasuk kenderaan yang dilengkapi dengan turbocharger dan sistem pembakar suntikan. Formulasinya yang moden memastikan fleksibiliti untuk "mixed fleet operators".


JTX Airtracker


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

JTX Airtracker menukar molekul udara menjadi struktur molekul yang sangat halus. Jadi, bahan api dapat dibakar sepenuhnya secara lebih optimum. Keadaan ini meningkatkan prestasi enjin dengan gerakan omboh yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api. Selain itu, ia membantu memanjangkan jangka hayat enjin.

JTX Airtracker bukan sahaja dicipta untuk menjimatkan bahan api, ia juga membantu memelihara alam sekitar. Bahan api yang dibakar sepenuhnya mengeluarkan kurang karbon monoksida yang akhirnya mengurangkan pelepasan karbon ke kawasan persekitaran. 


JTX 1000 Motor Oil

Menepati Spesifikasi Penilaian Prestasi oleh API





Tekanan Ekstrem & Ejen Anti-Haus
Memberikan liputan pelinciran yang hebat serta bersifat
anti-haus yang baik

Perangsang Alkali
Meneutralkan asid yang terhasil dan merangsang simpanan tersedia alkali minyak enjin
Pencegah Kakisan
Melindungi bahagian enjin daripada terkakis akibat
pembentukan asid dalam minyak enjin

Antioksida
Mencegah ataupun mengurangkan pembentukan enapan
yang terhasil akibat penguraian tidak tepu dalam minyak
enjin

Pencuci
Mencegah enapan daripada melekat pada enjin
Pengurai
Menyimpan zarah-zarah berkilat dalam takungan minyak
Mencegah penggumpalan enapan
Mengurangkan kejadian tapisan minyak tersumbat





JTX 1000 GOLD Motor Oil




Minyak pelincir enjin yang bertaraf premium ini memberikan kuasa dan prestasi optimum walaupun pada suhu tinggi sambil melindungi omboh serta mengawal dan menyingkirkan enapan. Sesuai untuk semua jenis enjin dan apa-apa jua keadaan pemanduan.

No comments:

Post a Comment