Kecantikan

Vitalift Serum

Kehilangan fungsi biologi yang disertai dengan kemerosotan kesuburan dan peningkatan kadar kematian berikutan dengan peningkatan usia menyebabkan penyakit penuaan seperti gangguan berwarna pigmen, pengurangan perlindungan antioksidan, kemerosotan kualiti kulit dan kelambatan dalam penyembuhan kulit.
Dengan pengenalan Vitalift Serum, yang terdiri daripada PhytoCellTecTMSwiss Apple dan PhytoCellTecTMAlp Rose, kombinasi yang inovatif membantu melindungi sel stem kulit manusia. Selain itu, Pheno-SFETM, ekstrak Pu-erh yang bertindak sebagai antioksidan turut membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif, dengan itu memerangi kronologi penuaan dan meningkatkan daya hidup sel stem kulit.
VitaGlow


Pembersihan Muka yang Pantas
Penanggal solekan yang bebas daripada sabun, mudah menanggalkan semua solekan dan kotoran pada kulit muka; menjadikan kulit muka anda lebih segar dan licin selepas digunakan.

Vista Zania




Wangian Eksklusif

VISTA ZANIA adalah wangian istimewa berasaskan minyak tanpa alkohol yang diadun sempurna untuk membangkitkan semangat ketika memulakan hari anda. Semarak harumannya mengimbau kenangan indah serta mendorong terciptanya detik-detik bersejarah untuk diraikan bersama-sama insan istimewa. Biarkan kesyahduan harumannya menyinari kehidupan anda!


Luminez

LUMINEZTM menggabungkan teknologi terkini dalam inovasi penjagaan kulit dengan hanya menggunakan bahan-bahan istimewa untuk kulit yang halus, lembut dan berseri.
LUMINEZTMadalah kemajuan besar di dalam siri penjagaan kulit untuk memberikan anda satu pengalaman kulit sempurna yang tidak dapat dilupakan.
ISTIMEWA
Teknologi nano-liposom membenarkan rumusan perlindungan kulit untuk meresap masuk kedalam kulit. Kulit diperbaharui lalu menjadikannya cantik berseri.
Asas yang tidak berminyak, diperbuat daripada bi-fasa air-minyak untuk meminimumkan ketidakselesaan kulit.
Teknologi nano-liposom untuk memberikan penyerapan yang pantas dan sampai secara terus ke dalam kulit.
TANPA BAHAN KIMIA BERBAHAYA
  • Tanpa hidrokinon
  • Tanpa Paraben
  • Tanpa Minyak Mineral
  • Tidak diuji ke atas haiwan
  • Tidak komedogenik
  • Tanpa Laurel Sulfat (SLS)
 
RAMUAN HEBAT
Diformulasi dengan ekstrak tumbuhan yang kaya dengan nutrien dan perlindungan antioksidan, formula hebat ini memelihara kulit anda dan ianya amat berkesan.
SIRI PENCERAHAN KULIT LUMINEZTM : Penemuan kehebatan ekstrak akar Dioscorea villosa
SIRI PENCERAHAN KULIT LUMINEZTM diformulasiuntuk membantu mendapatkan tona kulit yang sekata dan mengurangkan kemunculan pigmentasi dengan dua cara:
1. Tona kulit sekata dan cerah dengan melambatkan pengeluaran melanin.
2. Meminimumkan kemunculan pigmentasi kulit yang sedia ada dengan mengurangkan kadar oksidasi melanin.

NANO CREAM

Bio~Ever Nano Cream menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano seperti Pegaga (Centella Asiatica), Wild Yam (Dioscorea Villosa) dan Kacang Soya (Glycine Soja) secara terus ke dalam darah melalui penggunaan luaran pada kulit. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan. Pegaga menggalakkan penyembuhan luka dan merangsang sintesis kolagen. Wild Yam dan Kacang Soya pula mengandungi rumusan yang boleh mengaktifkan hormon tumbuh-tumbuhan yang mirip dengan aktiviti hormon badan.

Bagaimanakah Bio~Ever Nano Cream mempengaruhi badan kita?
Kacang soya dalam Bio~Ever Nano Cream mengandungi zat-zat semula jadi dan bahan-bahan antioksidan yang serupa dengan hormon wanita yang amat berkesan dalam mengatasi proses penuaan. Diosgenin yang terdapat dalam Bio~Ever Nano Cream pula dapat mengaktifkan hormon-hormon badan seperti progesteron, testosteron, kortisol dan sebagainya. Hormon-hormon ini dapat menyelaraskan sistem badan termasuklah fungsi metabolisme dan sistem saraf, di samping melambatkan penuaan organ-organ badan dan memelihara fungsi fisiologi badan. Selain itu, rumusan yang terkandung dalam Wild Yam (Dioscorea Villosa) dapat memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, ovari dan testis serta kelenjar-kelenjar endokrin yang lain dan membolehkan kelenjar-kelenjar ini berfungsi secara lancar, seterusnya menggalakkan sistem hormon berfungsi dengan baik dan memperoleh badan yang sihat.

Bagaimanakah tahap penyerapan Bio~Ever Nano Cream?
Masa penyerapan adalah kira-kira 2-3 minit bagi selepas haid berhenti sehingga 7 hari sebelum bermulanya haid yang seterusnya. Selepas ini, masa penyerapan akan dipercepatkan di mana ia hanya memerlukan 15 saat. Tahap penyerapan yang lebih cepat ini menunjukkan badan manusia mempunyai lebih banyak hormon untuk diagihkan ke setiap kelenjar endokrin. Biasanya, Bio~Ever Nano Cream diserap dengan lebih cepat dalam tempoh 7 hari sebelum bermulanya haid.

Apakah cara penggunaan Bio~Ever Nano Cream?
1) PERINGKAT AWAL 
Cuba pada kulit dengan kuantiti yang sedikit, perhatikan sama ada berlakunya keadaan alergi. Sekiranya tiada, anda dicadangkan untuk menghabiskan sebotol dalam masa 6 hari. Untuk mendapatkan kesan yang optimum dalam masa yang singkat. Namun sekiranya berlaku alergi, anda dinasihatkan untuk menggunakannya pada waktu pagi dan malam. Anda juga diingatkan untuk meminum air yang banyak, banyak bersenam dan mendapat rehat yang cukup.

2) TEMPOH PENJAGAAN
Ia bergantung pada keadaan individu sama ada untuk meningkatkan atau mengurangkan penggunaan Bio~Ever Nano Cream. Anda dicadangkan untuk menggunakannya setiap hari pada waktu pagi dan malam. Ia sesuai untuk kegunaan jangka panjang dan tidak akan menyebabkan ketidakselesaan.

Mengapakah kesan Bio~Ever Nano Cream lebih baik daripada ubat-ubatan lain sedangkan ia hanya disapu pada kulit? Adakah ia ubat?
Bio~Ever Nano Cream bukan ubat dan ia tidak mengandungi sebarang unsur ubat-ubatan. Ia menggunakan teknologi penyerapan di mana aloe vera digunakan untuk melembutkan keratin dan membuka liang-liang roma. Minyak kacang soya iaitu liposom yang mengandungi unsur-unsur diosgenin akan dihantar ke bahagian kulit diikuti dengan kitaran mikrovaskular yang akan menyelaraskan fungsi-fungsi badan. Maka, penggunaan Bio~Ever Nano Cream membawa kesan yang lebih baik di mana cara penggunaannya adalah berbeza dengan ubat-ubatan lain.

Adakah Bio~Ever Nano Cream merupakan ubat?
Tidak. Kandungan utama Bio~Ever Nano Cream ialah kacang soya dan wild yam (Dioscorea Villosa) serta Vitamin E, pegaga (Centella Asiatica) dan aloe vera di mana kesemuanya terdiri daripada komponen makanan. Dioscorea Villosa ialah herba tradisional bergred tinggi yang boleh diaplikasi secara luaran. Bio~Ever Nano Cream yang dihasilkan dengan menggunakan rumusan aktif melalui teknologi tinggi ini memudahkan penggunaannya. Selain itu, ia merupakan produk penjagaan kulit yang dapat menyelaraskan fungsi fisiologi badan, namun ia bukanlah ubat. 

Adakah Bio~Ever Nano Cream harus digunakan secara berterusan? Sekiranya penggunaan dihentikan, adakah ia akan mengakibatkan keadaan kulit dan fungsi badan menjadi lebih teruk?
Bio~Ever Nano Cream kaya dengan hormon semula jadi yang bersifat tumbuh-tumbuhan. Bagi mereka yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon, proses penuaan akan berlaku dengan cepat. Penggunaan Bio~Ever Nano Cream dapat membantu menyelaraskan sistem endokrin badan, mencegah dan melambatkan proses penuaan. Penuaan merupakan satu proses yang berlaku bersama-sama dengan usia kita. Berikutan dengan peningkatan usia, proses penuaan berlaku dengan lebih cepat menyebabkan fungsi badan semakin lemah. Oleh itu, penggunaan Bio~Ever Nano Cream secara berterusan dapat memulihkan fungsi badan secara perlahan-lahan dan memelihara badan supaya berada dalam keadaan yang paling optimal. 

Adakah penggunaan Bio~Ever Nano Cream akan menyebabkan badan terlalu bergantung kepada produk?
Tidak. Bio~Ever Nano Cream tidak akan menggantikan fungsi dalam sistem endokrin dan organ-organ badan. Ia menjaga keseimbangan kelenjar endokrin, membenarkan kelenjar dan organ badan mempunyai hormon yang mencukupi dan seterusnya memulihkan kesihatan badan seseorang. Fungsi Bio~Ever Nano Cream ialah menjaga kesihatan organ-organ badan, maka ia tidak akan menyebabkan masalah kebergantungan terhadap produk.

Bolehkah Bio~Ever Nano Cream digunakan semasa kedatangan haid?
Boleh. Digalakkan untuk teruskan penggunaannya walaupun berlakunya ketidakselesaan. Bio~Ever Nano Cream juga sesuai digunakan oleh kaum wanita yang telah mengalami menopaus.

Adakah penggunaan Bio~Ever Nano Cream akan mengakibatkan haid datang awal atau tertunda? 
Progesteron yang semula jadi akan menyelaras keadaan fisiologi badan kembali kepada normal. Dalam penyelarasan hormon pada peringkat awal, masa kedatangan haid mungkin akan mengalami perubahan disebabkan oleh keseimbangan hormon bagi setiap individu adalah berbeza, namun ia akan kembali normal selepas itu.

Adakah ibu yang sedang menyusu sesuai menggunakan Bio~Ever Nano Cream?
Para ibu yang sedang menyusu tidak digalakkan untuk menggunakan Bio~Ever Nano Cream kerana Dioscorea Villosa akan terus diserap oleh bayi melalui susu ibu. Ini akan menyebabkan gangguan dalam sistem pencernaan kerana sistem pencernaan bayi masih belum sempurna.

Sekiranya wujud masalah seperti gatal, kemerahan, sakit kepala, kentut, lecet dan lain-lain simptom yang tidak menyenangkan, adakah ia alergi atau kesan sampingan?
Segala simptom-simptom yang timbul selepas penggunaan Bio~Ever Nano Cream bukanlah alergi ataupun kesan sampingan. Ia merupakan reaksi yang timbul semasa proses detoksifikasi badan manusia dijalankan. Gunakannya secara berterusan. Segala simptom yang tidak menyenangkan akan hilang selepas proses penyelarasan badan dijalankan (berdasarkan fizikal seseorang, kira-kira 7 hari – satu bulan).

Bolehkah Bio~Ever Nano Cream digunakan oleh kaum lelaki?
Boleh. Dioscorea Villosa dalam Bio~Ever Nano Cream merupakan ubat tradisional bergred tinggi yang sesuai digunakan oleh kedua-dua kaum lelaki dan wanita. Ia dapat ditukar kepada hormon lelaki iaitu testosteron. Dioscorea Villosa bukan sahaja dapat memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal dan testis malah dapat meningkatkan fungsi fisiologi badan, membolehkan kaum lelaki mempunyai badan yang lebih kuat.

Bolehkah Bio~Ever Nano Cream digunakan oleh kanak-kanak?
Kanak-kanak yang belum memasuki peringkat akil baligh tidak digalakkan untuk menggunakan Bio~Ever Nano Cream. Ia sesuai digunakan oleh kanak-kanak perempuan yang telah mengalami haid pertama serta kanak-kanak lelaki yang telah mempunyai perubahan seksual dan suara yang jelas.

Short Brassiere

  • Mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada  kedudukan yang betul.
  • Diperbuat daripada fabrik Akwatek dan Akwadyne yang sebati dengan air dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (Far Infrared Ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia dapat melindungi badan dari sinaran UV dengan berkesan serta menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme, di samping meningkatkan keanjalan payudara dan menggalakkan pertumbuhan payudara.
  • Mempunyai rawan keluli yang berfungsi untuk menganjal dan mengukuhkan kedudukan payudara.
  • Reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan dapat meningkatkan garis payudara dan menyokong bahagian dada.
  • Reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian belakang pula dapat mengurangkan lemak di bahagian belakang badan.
  • Bentuk “U” yang direka khas pada bahagian belakang badan dapat menonjolkan kontur badan yang menarik.
  • Mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian.
  • Mempunyai kuasa regangan dalam semua hala yang dapat diregang kepada 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubah reka bentuk asalnya.
  • Pad dada yang direka khas untuk membentuk payudara yang lebih mempesona.
  • Hiasan corak bunga-bungaan menonjolkan keunggulan produk.


Long Brassiere

  • Mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menolak ke atas, menyokong menetapkan kedudukan payudara.
  • Mempunyai rawan keluli yang berfungsi untuk menetap dan mengukuhkan kedudukan payudara.
  • Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan berganda di bahagian depan dapat menyelaras perut yang menonjol serta meningkatkan kontur payudara.
  • 2 batang keluli berfungsi untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.
  • Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan di bahagian belakang dapat menyelaraskan lemak yang berlebihan.
  • Bentuk “U” yang direka khas pada bahagian belakang coli dapat menonjolkan kontur badan yang menarik.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
  • 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.


Waist Nipper

  • Mempunyai 7 batang keluli yang dapat menyokong bahagian pinggang dan mengukuhkan tulang belakang, seterusnya memperbaiki postur badan.
  • Reka bentuk ergonomi yang unik dapat menyelaraskan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan pinggul, seterusnya menghasilkan kontur badan yang menarik.
  • Benang yang diimport dari Jepun membantu membentuk kontur badan yang menarik.
  • Reka bentuknya yang fleksibel dapat memberi kesan yang memuaskan berdasarkan bentuk badan seseorang.
  • 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.


Long Girdle


  • 32 keping jahitan stereoskopik yang menggunakan teori tekanan untuk menumpu kembali lemak yang tersebar ke tempat asal.
  • Reka bentuk di bahagian pinggul yang unik dapat memperbetulkan punggung yang kendur dan membentuk kontur pinggul yang lebih menarik.
  • Membahagikan garisan di bahagian paha dan pinggul, menumpukan lemak yang berlebihan di paha ke dalam cawan pinggul dan seterusnya menghasilkan kontur pinggul yang menarik.
  • Kapas yang ditambah pada bahagian dalam seluar dapat memperbaiki kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
  • Mampatan yang tetap ke atas abdomen pada seluar di bahagian perut dapat memecahkan lemak yang berlebihan dan menyelaraskan perut yang menonjol.
  • Reka bentuk yang menggunakan kuasa tekanan dapat menyelaraskan lemak di bahagian dalam dan luar paha, membentuk kontur kaki yang cantik.
  • Penggunaan 2 lapisan kain kapas yang berongga membolehkan peredaran udara yang baik dan selesa dipakai. Ia direka khas untuk bahagian sulit kaum wanita.
  • Penggunaan renda (lace) yang fleksibel dapat mengelakkan pakaian dalam daripada tergulung akan menghasilkan garisan-garisan di bahagian paha.

Premium Beautiful Elegance


  • Menawan dengan kontur badan yang memukau
  • Keselesaan dan kebolehubahan penuh dengan fabrik yang meregang 360°
  • Fabrik yang sangat bermutu tinggi membenarkan peredaran udara yang baik dan mengurangkan kepanasan
  • Selamat secara ergonomik di mana rekaan yang anggun dan inovatif dengan sinaran infra merah menggalakkan peredaran darah

COZUMA BB Cream




BEDAK ASAS KOMPAK BB CREAM SPF 25 PA+++
KULIT SEMPURNA DAN SEHALUS SUTERA – KEMASAN HEBAT – KEKAL PUSAM BERJAM-JAM LAMANYA
Bedak asas kompak BB Cream ringan dari COZUMATM difomulasikan dengan adunan eksklusif ramuan semulajadi untuk menjadikan tona kulit sekata, mengecilkan liang roma lalu mengembalikan keserian dan kemulusan kulit wajah.
Kulit akan kelihatan segar, halus dan berseri.
  • KULIT CANTIK TANPA CELA, SEHALUS SUTERA: Teknologi eksklusif dari Jepun dengan formulasi kompak 'krim ke bedak' yang dapat menghalus dan menyerikan semua jenis kulit.
  • KULIT HALUS BERSERI: Ramuan semula jadi yang diadun sempurna untuk menjadikan kulit wajah mulus dan tanpa cela.
  • KEKAL PUSAM SEMULAJADI SELAMA BEBERAPA JAM: Sekurang-kurangnya 10 jam wajah tanpa kilauan dengan tekstur ringan yang hebat.
  • BEKAS KOMPAK YANG KEDAP UDARA

COZUMA™ Festivo Eyes & Cheeks Palette



Palet semua dalam satu yang sesuai untuk mewujudkan pelbagai pandangan memukau. Palet ini mengandungi semua yang diperlukan untuk kegunaan siang dan malam.

Teknologi Unik serbuk warna yang diperbuat daripada: Serbuk mutiara untuk kesan halus yang hebat
 Trigliserida dan silikon untuk rasa mewah dan seperti baldu  polimer sfera semulajadi untuk aplikasi yang mudah  pigmen halus untuk memberikan warna semulajadi

COZUMA™ Gincu Berkabut




Gincu Berkabut
Sapu bibir anda dengan tekstur inovatif ini yang meluncur dengan keselesaan sempurna dalam setiap sapuan.
Formula gincu berkabut ini mneghaluskan bibir seperti sutera, kemasan satin dengan liputan warna penuh. Formula hebat untuk warna bibir tahan lama.
Teknologi Unik Serbuk Warna
·         Ekstrak buah betik dan sfera kolagen untuk bibir gebu
·         Biji Minyak Safflower dan minyak Cottonseed untuk meluncur dengan hebat dan memberi kemasan satin
·         Vitamin C dan E untuk perlindungan bibir dari persekitaran
·         Squalane untuk rasa licin dan ringan


Cozuma CC Cream








No comments:

Post a Comment