Kediaman

BIOZONE Food Purifier

BIOZONE Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar.

Tiub silikon yang bergred medikal akan menyalurkan ozon ke dalam air di mana makanan direndamkan. Ketika gelembung-gelembung muncul, ia menandakan bermulanya proses purifikasi makanan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk purifikasi sayur-sayuran dan daging?
Sila rujuk buku panduan operasi yang terdapat di dalam kotak. Secara umumnya, semua jenis makanan (contohnya buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut) memerlukan masa selama 15 minit. Hanya daging (misalnya ayam, kambing dan lembu) memerlukan masa selama 30 minit. Masa operasi yang maksimum bagi BIOZONE Food Purifier ialah 45 minit di mana ia boleh digunakan untuk tujuan mandian atau kegunaan peti sejuk.

Tambahan pula, terdapat fungsi sanitasi ON / OFF selama 3 minit untuk satu liter air. Fungsi sanitasi ini dapat menyingkirkan bakteria pada permukaan makanan dengan cepat tanpa menggunakan air. Sekiranya anda mempunyai air yang berlebihan, anda boleh menggandakan masa berkadaran dengan kuantiti air anda. Isipadu air yang maksimum ialah 10 liter, sementara masa purifikasi adalah selama 30 minit.

Apakah yang akan berlaku sekiranya batu seramik atau tiub silikon pecah?
Sila beli dan gantikan dengan satu set baru yang terdiri daripada batu seramik dan tiub silikon.

Mengapakah saya perlu menjalankan penyelenggaraan selepas 2 tahun pembelian?
Juruteknik akan membuka BIOZONE Food Purifier untuk memeriksa dan membersihkan bahagian-bahagian dalaman termasuklah penentukuran dengan tujuan memastikan BIOZONE Food Purifier dapat beroperasi secara optimum dan bertahan lebih lama.

Adakah saya memerlukan masa purifikasi yang lebih lama sekiranya saya mempunyai banyak makanan?
BIOZONE Food Purifier direka khas untuk penggunaan di rumah sahaja. Andaikan anda mempunyai 3-4 hidangan ayam, masih memadai untuk anda menggunakan masa selama 30 minit untuk purifikasikan daging, asalkan anda mengikuti peraturan isipadu air maksimum, iaitu 10 liter.

Adakah ia menggunakan kuasa elektrik yang banyak?
Tidak. Ia hanya menggunakan kuasa elektrik yang minimum iaitu 35W sahaja, bagaikan anda menyalakan sebiji mentol di rumah.

Bagaimanakah caranya untuk mencuci batu seramik?
Cabutkan tiub silikon dari mesin. Gunakan berus gigi dan gosok permukaan batu seramik dengan lembut di bawah air yang mengalir. Selepas itu, biarkan ia kering. Anda juga boleh mengeringkannya sekali-sekala di bawah sinaran matahari. Sekiranya ada bau busuk, anda boleh purifikasikan batu seramik dengan air bersih selama beberapa minit, kemudian biarkannya kering.

Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses purifikasi?
Berdasakan kajian makmal terhadap daging yang dipurifikasikan, ia menunjukkan bahawa kebanyakan nutrien masih dikekalkan. Hal ini boleh dilakukan sekiranya anda menggunakan alat purifikasi yang berada dalam keadaan baik. Namun, jika anda menggunakan teknologi yang konvensional, ia mungkin akan mengurangkan sebahagian besar nutrien dalam makanan.

Adakah saya perlu mencuci makanan sekali lagi selepas proses purifikasi?
Anda tidak perlu mencuci makanan selepas proses purifikasi. Namun, sekiranya anda rasa perlu untuk mencuci makanan tersebut selepas proses purifikasi, anda boleh menggunakan air yang ditapis untuk mengelakkan bahan-bahan pencemar yang terkandung di dalam air paip.

Berapa lamakah BIOZONE Food Purifier boleh bertahan?
Selepas dua tahun yang pertama, ia boleh bertahan asalkan anda menjalankan penyelenggaraan ke atas mesin tersebut setiap tahun sekali.

Mengapakah saya tidak boleh menggunakan bekas plastik? Apakah jenis mangkuk-mangkuk lain yang boleh digunakan?
Bukan semua plastik adalah bahan perintang ozon. Secara umumnya, kami tidak menggalakkan anda menggunakan mangkuk plastik. Adalah cara terbaik sekiranya anda menggunakan mangkuk keluli tahan karat atau mangkuk kaca.

Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Food Purifier untuk membersihkan botol susu bayi?
Umumnya, kami tidak menggalakkan proses purifikasi secara terus ke atas plastik. Anda boleh purifikasikan air dengan menggunakan bekas kaca atau keluli tahan karat, kemudian menggunakan air yang telah dipurifikasi tersebut untuk membersihkan botol susu bayi.

Mengapakah gelembung terbentuk pada daging, namun ia tidak kelihatan pada sayur-sayuran?
Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun serangga yang larut dalam air, maka ia menyebabkan gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran. Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih lazim dijumpai pada daging. Kebanyakan asid lemak mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap oleh badan manusia. Jika badan anda mampu menyerapnya, ia sebenarnya telah masuk ke dalam peredaran darah di mana pengambilannya untuk jangka masa yang panjang mungkin memudaratkan kesihatan badan.

Bolehkah saya menyingkirkan antibiotik daripada daging semasa proses purifikasi?
Gelembung yang terhasil tidak menunjukkan sebarang kesan antibiotik, namun dalam proses purifikasi selama 30 minit ini, laporan daripada kajian makmal menunjukkan bahawa tiada sebarang antibiotik dijumpai selepas proses purifikasi.

Adakah gelembung akan hilang sepenuhnya sekiranya saya menjalankan purifikasi untuk jangka masa yang lebih panjang?
Kemungkinan untuk gelembung hilang sepenuhnya adalah sukar sekali kerana lemak hanya akan disingkirkan melalui proses purifikasi apabila jangka masanya lebih panjang. Kesannya, lebih banyak nutrien akan hilang. Maka, kita tidak menggalakkan purifikasi daging untuk jangka masa yang lebih panjang.

Sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan terapung semasa proses purifikasi. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda cuma perlu menutup mangkuk dan tinggalkan satu ruang kecil untuk membenarkan tiub silikon untuk melaluinya, dan pastikan penutup tersebut bukan diperbuat daripada bahan plastik.

Bolehkah saya yakin bahawa BIOZONE Food Purifier dapat melakukan proses purifikasi 100%?
Kami tidak boleh menyatakan bahawa BIOZONE Food Purifier dapat purifikasikan bahan kimia 100%. Objektif kami adalah untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan. Kebanyakan bahan kimia dapat disingkirkan oleh BIOZONE Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi bersama. Teknologi ozon yang umumnya digunakan untuk purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara maju.

Premium Beautiful Natural Wash

Premium Beautiful Natural Wash khas untuk cucian Premium Beautiful Foundation Lingerie dan turut sesuai untuk pakaian-pakaian yang eksklusif. Ia terdiri daripada sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dan kaya dengan vitamin. Ianya lembut pada tangan, selamat digunakan, tidak meninggalkan kesan sisa dan mesra alam.

Apakah keistimewaan Premium Beautiful Natural Wash?
Ia merupakan sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dankaya dengan vitamin.

Adakah Premium Beautiful Natural Wash sesuai untuk semua jenis pakaian?
Ya. Ia sesuai untuk Premium Beautiful Foundation Lingerie dan pakaian-pakaian yang eksklusif.

Apakah bau Premium Beautiful Natural Wash?
Bau haruman bunga-bungaan.

Apakah cara cucian yang betul untuk mencuci Premium Beautiful Foundation Lingerie dengan menggunakan Natural Wash?

1. Cuci dengan menggunakan tangan dan tanpa menggunakan mesin basuh. Tuangkan 1-2 penutup botol Natural Wash ke dalam air dan rendamkan pakaian ke dalam air.

2. Bersihkan secara lembut pada bahagian yang kotor selama 15 minit.

3. Bilas sekurang-kurangnya 3 kali dengan air bersih. (Jangan perah dengan tangan).

4. Perah pakaian dalam anda dengan gunakan tuala yang kering untuk menyerap semua kandungan air yang terdapat pada pakaian dalam tersebut. Kemaskan bentuk pakaian dalam kepada bentuk asal.

5. Keringkan pakaian dalam anda di tempat yang berangin dan kering. Jangan seterika pakaian dalam anda. Simpan dengan kemas apabila ia kering.

Serbuk Pencuci Pekat Eziclean

Serbuk pencuci pekat Eziclean dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik dan mesra alam. Ia mengandungi pencegah karat dan bahan anti-endapan semula. Produk ini mempunyai natrium tripolifosfat, 3 jenis enzim, pencerah optik, kurang berbuih dan pekat formulanya.

Apakah keistimewaan serbuk pencuci pekat Eziclean?
Ia dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik, bahan pencegah karat dan bahan anti-endapan semula.

Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda atau buih?
Serbuk pencuci pekat Eziclean tidak mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda. Di samping itu, ia kurang berbuih.

Apakah bau serbuk pencuci pekat Eziclean?
Bau haruman bunga-bungaan.

Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik?
Ya, serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik untuk memastikan pakaian supaya kekal kelihatan cerah dan baru.

Pencuci Tandas dan Lantai Eziclean

Pencuci tandas dan lantai Eziclean adalah bersifat alkali, tidak beracun, dapat menghindarkan serangga-serangga perosak dan menjimatkan kos. Ia mempunyai keharuman yang menyegarkan.

Apakah keistimewaan pencuci tandas dan lantai Eziclean berbanding dengan produk-produk di pasaran?
Ia adalah formula beralkali dari USA, di mana ia selamat untuk membasmi kuman dan bakteria yang berbahaya.

Adakah produk ini bebas daripada membilas?
Ya, produk ini bebas daripada membilas. Justeru itu, ia menjimatkan masa dan tenaga di samping berekonomi kerana ia sangat pekat.

Adakah bau pencuci tandas dan lantai Eziclean ini boleh diterima?
Ya, ia meninggalkan keharuman yang menyegarkan selepas menggunakannya.

Pencuci Pinggan Pekat Eziclean

Pencuci pinggan pekat Eziclean mengandungi campuran bahan terbiodegradasi dan ramuan aktif yang lain. Ia berkesan untuk mencuci pinggan mangkuk dan perkakas dapur. Produk ini sangat pekat dan penggunaannya berekonomi. Ia merupakan formulasi istimewa yang memudahkan pembilasan dan memelihara kelembutan tangan.

Apakah ciri-ciri utama bagi pencuci pinggan pekat Eziclean?
Ia mengandungi campuran bahan terbiodegradasi dan ramuan aktif yang lain di samping berkesan untuk mencuci pinggan mangkuk dan perkakas dapur.

Adakah ia berharga mahal?
Tidak, ia sangat berekonomi kerana ia pekat.

Adakah pencuci pinggan pekat Eziclean memelihara kelembutan tangan dan senang dibilas selepas menggunakannya?
Ya, ia memelihara kelembutan tangan dan diformulasikan khas untuk senang dibilas.

Bio Velocity™ Sleep Mate

Matahari adalah sumber tenaga yang menggerakkan kesemua kehidupan dalam bumi. Benda hidup adalah makhluk yang bertenaga, atom-atom dan elektron-elektron di dalam badan kita menghasilkan satu aliran medan tenaga di mana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk sel-sel badan bekerja pada tahap yang optima. Dengan kata lain, tenaga adalah daya hidup dan ia adalah sumber kesihatan dan semangat manusia.

Keseimbangan tenaga adalah berdasarkan kewujudan corak tenaga di dalam dan di sekeliling badan yang membentuk satu matrik yang digunakan oleh badan untuk mengekalkannya dalam keadaan "sihat". Medan tenaga manusia dibentuk untuk mengekalkan kesihatan badan. Sel-sel badan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui gelombang (frekuensi) yang unik kepada setiap orang. Semua tisu seperti kulit, hati, tulang dan organ-organ lain mempunyai tenaga dan beresonan ke atas frekuensi tersendiri. Bioresonans bermakna mengedarkan semua frekuensi yang diperlukan untuk rangsangan danpenyelarasan organisma yang muktamad.

Bagaimanapun, pemodenan kini telah membawa kepada kemerosotan medan tenaga manusia secara mendadak. Gaya hidup yang penuh tekanan, penggunaan alat elektronik yang meluas, pencemaran alam, makanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang buruk serta toksin-toksin yang dihisap telah membawa ketidakseimbangan frekuensi elektromagnetik atau medan tenaga. Dengan ini, sekatan tenaga dihasilkan justeru mengganggu pengaliran tenaga utama atau daya hidup. Masalah kesihatan kronik mulai timbul dan menjadikan badan sukar untuk menyembuhkan diri.

Tidur Yang Berkualiti

Manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur; oleh itu, tidur dan rehat yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan kita. Ia adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental, dan untuk mengoptimakan fungsi-fungsi harian kita. Apakah itu tidur yang berkualiti? Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar selepas membangun dan segar sepanjang hari.

Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan dibebaskan, kerja-kerja pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit-penyakit akan dijalankan; aktiviti-aktiviti otak kita yang mengawal emosi, proses pembuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan, membolehkan kita mengekalkan emosi dan fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita membangun. Tidur juga menguatkan minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar; mengurangkan tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.

BV Sleep Mate

Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.

BioCleanz Multi Purpose Spray

BioCleanz: Rangkaian Produk Penjagaan Rumah Berasaskan Ekstrak Sea Ion

Apakah itu Ekstrak Sea Ion?
Sea Ion adalah garam laut likat yang diperoleh melalui proses pengekstrakan khas yang menghasilkan garam bermineral tinggi. Ia bebas daripada bahan-bahan pencemar seperti petrokimia, bahan pengawet, agen pembuih, pewangi dan pigmen. Siri produk penjagaan rumah BioCleanz adalah komited dalam menjaga kesihatan sejagat dengan menawarkan produk pembersih yang bebas daripada bahan beracun, bersifat anti-bakteria serta memelihara alam sekitar.

Penemuan Sea Ion mendapat anugerah Pensijilan Eco daripada Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Pertubuhan Kesihatan Perikatan WFPHA 2000 yang dianggotai oleh Taiwan, Singapura, China, Hong Kong, dan Jepun yang dibentuk semenjak tahun 1995. Sea Ion juga lulus dalam pemeriksaan piawaian EU (kategori gred makanan) serta disahkan sebagai pencuci mesra alam. Penghasilan Sea Ion telah digabungkan dengan teknologi pengekstrakan mentah oleh Pejabat Penyelidikan Eropah dan Amerika Syarikat sejak tahun 1991.

Bagaimana BioCleanz dengan Ekstrak Sea Ion dapat memelihara serta memulihara alam sekitar?
Pembersih berasaskan bahan petrokimia digunakan secara meluas di seluruh dunia. Tambahan pula, ia adalah barangan keperluan yang biasa digunakan di dalam rumah. Kajian kesan jangka panjang yang dijalankan oleh Pertubuhan-pertubuhan Kesihatan Sedunia dan negara-negara maju (terutamanya Jepun) mengesahkan bahawa penggunaan bahan petrokimia dalam jangka masa panjang boleh memudaratkan alam sekitar dan juga kesihatan manusia. Dua kemudaratan utama yang dikenalpasti adalah:

1. Pencemaran alam sekitar: Disahkan bahawa lebih daripada 70% pencemaran tanah, sungai dan kemerosotan kualiti air disebabkan oleh penggunaan dan pembuangan sisa-sisa pembersih petrokimia ke dalam air. Pembuangan dan penimbunan sisa-sisa beracun dalam jangka masa panjang memburukkan lagi pencemaran alam sekitar, menjadikan persekitaran berasid dan berbau busuk serta menjadi sarang pembiakan virus dan bakteria berbahaya.

2. Mutasi gen dan DNA manusia: Bahan berasaskan petrokimia boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kulit serta melemahkan sistem ketahanan badan.

Pembersih tiruan/sintetik yang diserap melalui kulit boleh membawa kesan yang serius seperti di bawah:

Marilah kita bertindak dengan menghentikan pencemaran yang berpunca daripada penggunaan pembersih berasaskan petrokimia. Sehubungan itu, BioCleanz berusaha untuk menyelesaikan masalah pencemaran dan kesihatan yang berpunca daripada penggunaan pembersih berasaskan petrokimia dan juga racun serangga.

BioCleanz dengan Ekstrak Sea Ion adalah pembersih yang mesra alam, selamat dan cekap!
Tidak kira dapur, bilik mandi, lantai, peralatan rumah serta barangan perhiasan diri, siri produk penjagaan rumah BioCleanz dengan Ekstrak Sea Ion adalah pembersih mutlak dengan formula semulajadi yang dapat memberikan kesan yang bersih, selamat dan selesa. Pilihan tepat dalam memberikan yang terbaik untuk kesihatan kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan!

Siri produk penjagaan rumah BioCleanz dengan Ekstrak Sea Ion:

· Tidak mengandungi bahan-bahan toksik

· Tidak mengandungi ejen pengawet

· Tidak mengandungi ejen pembuih yang berbahaya

· Tiada bahan petrokimia yang memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar

· Diperbuat daripada wangian semulajadi

· Diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula dan mesra alam

· Mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, pembasmian kuman dan pensterilan yang hebat

Ujian mudah untuk memastikan sama ada bahan pencuci/pembersih tersebut diperbuat daripada bahan petrokimia ataupun bahan semulajadi

Anda boleh memastikannya dengan satu langkah mudah iaitu “Pembakaran”. Letakkan beberapa titis pembersih ke dalam sudu besi dan bakar sudu tersebut dengan menggunakan pemetik api. Sekiranya pencuci tersebut terbakar dan mengeluarkan bau busuk serta asap hitam ataupun terbakar secara serta-merta, maka pembersih tersebut adalah pembersih berasaskan bahan petrokimia. 

BioCleanz Multi Purpose Spray 500ml

Sangat sesuai digunakan untuk membersih serta mensterilkan bahagian-bahagian atau tempat-tempat yang sukar dibersihkan ataupun sensitif. Pelbagai kegunaan Multi Purpose Spray adalah seperti:

· Membersih serta mengharumkan tingkap dan peralatan kayu seperti perabot

· Membersih serta menyegarkan haiwan peliharaan

· Membersih serta mengharumkan kawasan dalaman rumah, pejabat, bilik mandi dan ruangan lain dengan cara membasmi bau busuk

· Menyegarkan baju, kain dan pakaian

· Membersihkan peralatan rumah yang sukar dan sensitif seperti ketuhar dan ketuhar gelombang mikro

· Menghalang pertumbuhan kulat yang menyebabkan bau hapak

· Membersihkan barangan perhiasan diri seperti barangan kemas, jam tangan dan sebagainya

· Menyegarkan serta mensterilkan kasut 

BioCleanz Multi Purpose Concentrate

Bio EvolveTM Water Purification System

Bio Evolve TM Water Purification System menggabungkan penemuan terbaharu Teknologi Nano Termaju dan Blok Karbon Inovatif Ultra Padat dalam sistem penulenan yang mampat, ringan dan berpenampilan menarik. Ia memberikan prestasi penapisan air yang terbaik untuk seisi keluarga!

· Penemuan Baharu Teknologi Nano Termaju

· Blok Karbon Inovatif Ultra Padat

· Penulenan air berprestasi hebat

· Air yang lebih bersih dan tulen

· Rasa air yang lebih sedap – terus dari paip!

· Kualiti air yang dipertingkat

· Pemasangan sendiri yang mudah

· Jimat kos! Tidak menggunakan elektrik

· Kos penyelenggaraan yang rendah

· Tahan lama

· Mudah digunakan

Sistem Penulenan Air Bio-Evolve direka secara teliti dengan sistem penapisan 4 fasa yang inovatif. Setiap penapis direka khas untuk melakukan proses penapisan yang khusus bagi menghasilkan air yang tulen, bersih dan selamat untuk kegunaan manusia. Ringkasnya, ia adalah cara mudah untukmenikmati air berkualiti tinggi!

1. Pra-Penapis A : Seramik

Seramik padat dengan taburan pori yang bersaiz kurang daripada 0.9 mikron memastikan semua bendasing seperti karat, keladak pasir dan bakteria ditapis sempurna bagi mencapai penulenan air sehingga 99.999%.

2. Penapis B : Pengubah Bertenaga

· Bebola Bio

· Karbon Teraktif

· KDF

Bebola Bio memecahkan struktur molekul air menjadi molekul yang lebih kecil supaya air tersebut lebih mudah diserap oleh badan di samping meningkatkan kadar metabolisme. Selain itu, ia menambahkan keupayaan air untuk mengandungi lebih banyak oksigen di dalam badan.

Ia mengandungi spektrum sinaran tenaga yang luas yang mengawal, mengaktif dan menyeimbangkan fungsi cecair badan. Air bertenaga tinggi dapat menggalakkan keaktifan dan kelancaran pergerakan sel-sel badan.

Karbon Teraktif menyahkan klorin, pewarna dan bau yang kurang menyenangkan.

KDF menyingkirkan logam berat seperti plumbum, tembaga dan kadmium.

3. Penapis C : Penapis Pengubah Berion

· Bebola Ion

· Bebola Nano

· Bebola Bio

Dengan menggunakan Teknologi Pengubahan Berion, gabungan Bebola Ion, Bebola Nano dan Bebola Bio dapat meningkatkan dan menstabilkan tenaga di dalam air supaya kelompok molekul air kekal berada pada saiz terkecil untuk jangka masa yang panjang.

Selain itu, ia meningkatkan tenaga ke paras yang lebih tinggi di samping memastikan air bersifat alkali untuk kebaikan kesihatan manusia. Ia membantu menggalakkan kadar metabolisme dan mengaktifkan sel untuk meningkatkan sistem imunisasi serta fungsi detoksifikasi.

4. Penapis D : Blok Karbon Inovatif Hebat Ultra Padat

Teknologi Proses Haba yang unik menghasilkan ribuan pori halus pada blok karbon yang mengoptimumkan penyerapan bahan pencemar seperti bahan kimia berbahaya, peluntur dan pewarna tetapi membenarkan mineral penting melepasi blok karbon seperti kalsium, magnesium dan florida yang menentang kerosakan gigi supaya kekal berada di dalam air.

No comments:

Post a Comment